:: Seni Khat :: Seni Terunggul Warisan Islam ::

19) Pameran dan Demontrasi Seni Khat di Muzium Kota Tinggi

30/06/2011 11:12

Kota Tinggi, 25-26 Jun 2011, Sekali lagi saya telah dijemput oleh Yayawan Warisan Johor melalui Galeri Seni Johor untuk turut serta dalam Pameran dan Demontrasi Seni Khat bersempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Johor bagi Tahun 2011 di Muzium Kota Tinggi, Johor. Terimakasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada saya untuk kali kedua bersama-sama menjayakan program yang sangat baik ini. Inilah peluang terbaik saya untuk membantu mengembangkan lagi minat orang ramai khususnya mengeni Seni Khat Islam. Dapat saya kongsikan pengalaman dan kemahiran serta bertukar-tukar fikiran dengan para peminat seni khat di Kota Tinggi ini. Ramai yang teruja bilamana nama mereka ditulis dengan seni khat yang indah. Program selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Asiah bt Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semua usaha kita akan membuahkan kebaikkan kepada para pengunjung. Terima kasih semua.

Antara nama salah seorang dari pengunjung sedang ditulis dengan seni khat.

Berehat seketika dari menulis.. bersama anakanda tercinta..

"eh.. macam ayah fani je dalam buku program ni.."

Contact

Jalaluddin al-Khattat

alkhattat06@yahoo.com.my

Alamat Bengkel dan Bilik pameran : No : 2 Gerai Belia, Jalan Desaru, Felda Pasak, 81960 Kota Tinggi, Johor.

07 8827473 (Rumah)
07 8833213 (Pejabat)
013 7575812 (Ust. Jalaluddin)
013 7575813 (Ustz. Zaleha)
017 7608895 (En. Johan)

Search site

© 2010 All rights reserved.

Create a free website :: Webnode